Tentang KPMP Berhad

Memacu kesejahteraan anggota melalui perniagaan yang mampan.

Pengenalan KPMP

Idea penubuhan Koperasi Pembangunan Keluarga Haji Mohamad Perak (KPMP) Berhad atau dikenali 'KPMP Berhad' telah digagaskan oleh Dato' Seri Dr. Isahak bin Yeop Mohd Shar semasa beliau menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri Perak bersama dua orang iaitu Tun Dato' Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib dan Dato' Hjh. Ainon Khariyah binti Dato' Haji Mohd Abas. Gagasan idea ini tercetus daripada pertemuan Hari Raya Keluarga Haji Mohamad Perak di Kampung Gajah pada tahun 1997 di Rumah Opah Som.

Rentetan daripada gagasan penubuhan koperasi keluarga ini, KPMP Berhad telah didaftarkan secara rasmi oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan nombor pendaftaran A-04-0403 pada 10 April 1998 dibawah Akta Koperasi 1993. Penubuhan koperasi ini merupakan suatu inisiatif rumpun-rumpun keluarga besar Haji Mohamad Perak yang dilihat sebagai entiti kebajikan dan perniagaan yang mampu menyatukan keluarga dan generasi penerus.

Sejak penubuhannya, KPMP Berhad telah berkembang pesat dengan jumlah keanggotaan 50 orang ahli pada awal penubuhannya dan mencecah 963 orang ahli pada Jun 2024. Dengan jumlah modal pusingan sebanyak RM 1,747,283.63 (Jun 2024), koperasi ini terus berperanan sebagai wadah memperkukuh ekonomi ahli melalui pelbagai aktiviti perniagaan dan pelaburan yang berstrategi.

"Keluarga Teras Kekukuhan Ekonomi Negara"

KPMP Korporat

Tarikh Penting Penubuhan KPMP Berhad

Sejarah awal penubuhan koperasi.

31 JANUARI 1998

Perjumpaan Keluarga Haji Mohamad Perak di Kg. Bandar Lama, Kg. Gajah telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah koperasi keluarga dan juga memberi mandat kepada semua AJK perjumpaan hari keluarga menjadi lembaga pengarah penaja koperasi.

20 FEBRUARI 1998

Permohonan untuk menubuhkan koperasi telah dimajukan kepada Jabatan Pembangunan Koperasi Negeri Perak.

3 MAC 1998

Permohonan untuk menubuhkan koperasi telah diluluskan oleh Jabatan Pembangunan Koperasi Negeri Perak.

8 MAC 1998

Mesyuarat pertama lembaga pengarah penaja Koperasi Pembangunan Keluarga Haji Mohamad Perak (KPMP) Berhad telah diadakan dan telah membincangkan Pembentukan Undang-undang Kecil (UUK) koperasi untuk dibentangkan dalam Mesyaurat Agung Pendaftaran.

5 APRIL 1998

Mesyuarat Agung Pendaftaran telah diadakan di No. 4, Jalan Garland, Ipoh, Perak.

10 APRIL 1998

Koperasi Pembangunan Keluarga Haji Mohamad Perak (KPMP) Berhad telah diluluskan pendaftarannya dengan No. Pendaftaran A-4-0403.

4 MEI 1998

Mesyuarat Kedua Lembaga Pengarah Penaja KPMP Berhad telah diadakan di No. 4, Jalan Garland, Ipoh, Perak.

11 MEI 1998

Mesyuarat Agung Tahunan Pertama KPMP Berhad di Kampong Sungai Balai Baroh, Bagan Datuk, Perak.

Citra Logo

Simbolik warna dan bentuk yang melambangkan identiti KPMP.

Hijau

Pada tulisan "KPMP" sebagai lambang pertumbuhan, kesejahteraan, dan kemakmuran bersama dalam keluarga.

Kuning

Pada bulatan melambangkan keceriaan, kehangatan, dan suasana positif dalam komuniti koperasi.

Merah

Memberi sentuhan semangat, keberanian, dan kekuatan untuk bergerak maju bersama.

Ketiga-tiga warna ini juga merujuk kepada gabungan 3 rumpun besar yang terdiri daripada anak-anak Haji Mohamad Perak iaitu:

  • 1. KUNING: Hjh. Sofiah (Sungai Balai Bagan Datuk)
  • 2. MERAH: Hjh. Kalthum (Kg. Gajah)
  • 3. HIJAU: Hj. Ahmad (Kg. Gajah)
Logo KPMP

"Bentuk bulatan melambangkan kesatuan dan perpaduan dalam keluarga, di mana semua ahli saling menyokong dan bergerak ke arah matlamat bersama."

"Huruf besar 'KPMP' memberi rasa keyakinan dan kestabilan, sesuai untuk menonjolkan koperasi sebagai organisasi yang kukuh dan boleh dipercayai."

Visi

Kami beriltizam untuk menjadikan KPMP Berhad, Koperasi Keluarga yang mampan melalui ikatan ukhwah yang kukuh dan ekonomi yang mantap.

Misi

  • Mengenalpasti peluang-peluang perniagaan berdaya maju untuk diterokai.
  • Prihatin terhadap kesejahteraan anggota-anggota dari pelbagai aspek.
  • Memupuk budaya ilmu untuk meningkatkan kecemerlangan pendidikan.
  • Membangunkan barisan ahli pelapis yang berkaliber untuk terus memajukan KPMP.
  • Mengukuhkan punca kewangan melalui amalan pengurusan perladangan lestari.

Objektif

Sasaran strategik koperasi.

  • Untuk memastikan koperasi mampu menjana pendapatan yang mampan daripada aktiviti-aktiviti pelaburan.
  • Memastikan pulangan yang sewajarnya kepada pemegang saham KPMP.
  • Mengukuhkan ukhuwah antara ahli melalui inisiatif sosial dan kebajikan.

Nilai Bersama

Prinsip yang menjadi pegangan setiap anggota KPMP.

INTEGRITI

Kita sentiasa amanah, berintegriti dan profesional dalam melaksanakan tugas.

SILATURAHIM

Kami sentiasa bekerjasama dan bersatu dalam membina kekuatan kekeluargaan.

EKONOMI MAMPAN

Kami sentiasa bertekad dalam usaha memajukan ekonomi koperasi.

KEBERKATAN

Kami sentiasa bersyukur atas setiap sesuatu dalam memperoleh sumber pendapatan koperasi.

Bilangan Ahli (Jun 2024)

0

Dividen Minimum Sasaran

0%

Sektor Perniagaan

0

Tahun Beroperasi

0

Organisasi Koperasi

Dibarisi oleh Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan Anggota Lembaga Koperasi.

Foto Pengerusi

Pengerusi

Dato' Seri Dr. Isahak bin Yeop Mohd Shar

Foto Setiausaha

Setiausaha

En. Amir Azman bin Dato' Yusuf

Foto Bendahari

Bendahari

Pn. Shahruna Mazuwa binti Mohamed Sah

Anggota Lembaga Koperasi

Foto Anggota Lembaga

En. Yusof bin Sulaiman

Foto Anggota Lembaga

En. Izam Yusri bin Ahmad Kamal

Foto Anggota Lembaga

Tn. Haji Abdul Malik bin Ahmed

Foto Anggota Lembaga

Tn. Hj. Ahmad Halimi bin Harun

Foto Anggota Lembaga

Tn. Haji Mohammad Mokhtar bin Mohd Ali

Foto Anggota Lembaga

En. Shahrizal bin Ishak

Foto Anggota Lembaga

Pn. Hajjah A'azenin binti Dato' Haji Mohd Abas

Foto Anggota Lembaga

En. Ahmad Khairulrais bin Ahmad Khairi

Foto Anggota Lembaga

Tn. Hj. Mohammed bin Md Daud

Foto Anggota Lembaga

Tn. Hj. Kamarudin bin Abu Samah

Foto Anggota Lembaga

Pn. Muzliati binti Ahmad Murad

Foto Anggota Lembaga

Pn. Aliah Shaherra binti Raman Arif

*Senarai rasmi Anggota Lembaga Koperasi.

Biro-Biro KPMP

Struktur fungsian yang memacu operasi dan program koperasi.

Biro Pendidikan dan Pondok Pengajian At-Taqwa

Ketua Biro: Tn. Haji Ahmad Halimi bin Harun

Pelan Tindakan:

  • Menyediakan program-program kemahiran dan kecemerlangan akademik bagi meningkatkan nilai diri untuk anggota dan ahli keluarga anggota.
  • Mengelola infrastruktur dan kemajuan pembangunan Pondok Pengajian At-Taqwa.
  • Menyediakan pelan tindakan bagi projek pendidikan 'Road to Gontor'.

Biro Perladangan

Ketua Biro: Dato' Seri Dr. Isahak bin Yeop Mohd Shar

Pelan Tindakan:

  • Menambah nilai prestasi pengeluaran hasil ladang.
  • Menambah aset ladang bagi meningkatkan keberhasilan pendapatan utama KPMP Berhad.

Biro Ekonomi

Ketua Biro: Encik Yusof bin Sulaiman

Pelan Tindakan:

  • Mendapatkan prospek peluang perniagaan yang berpotensi tinggi menjana pendapatan koperasi.
  • Mewujudkan usahawan rintis koperasi dengan mengenalpasti perniagaan-perniagaan anggota koperasi.

Biro Kebajikan, Sosial dan Keanggotaan

Ketua Biro: Pn. Hajjah A'azenin binti Dato' Mohd Abbas

Pelan Tindakan:

  • Meningkatkan bilangan anggota baru koperasi dengan mengadakan kempen keanggotaan.
  • Mengenal pasti anggota yang memerlukan bantuan dan sokongan.
  • Menyediakan aplikasi dan media sosial yang bersepadu untuk mengemaskini data keanggotaan KPMP Berhad.

Biro Pembangunan Modal Insan

Ketua Biro: Encik Ahmad Khairulrais bin Ahmad Khairi

Pelan Tindakan:

  • Pengumpulan dan pengemaskinian data ahli belia.
  • Penganjuran kursus dan latihan untuk ahli koperasi.
  • Mempersiapkan anggota-anggota yang berpotensi untuk mengambil alih teraju pentadbiran KPMP di masa akan datang.

Moto KPMP Berhad

"Kita Sekeluarga Sejiwa"

Menyatukan hati dan tenaga demi kemajuan bersama.

Hubungi Kami